MOUNT TRUSMADI (MANNAN TRAIL FROM SINUA )
MOUNT TRUSMADI (VIA SINUA,SOOK)
BY ELCKA DEISSY - AUGUST 5-7,2022
Mount Trusmadi located in the state of Sabah and malaysia's 2nd highest mountain at 2,642.281 metres (8,669 feet). This Mt.Trusmadi located within the forest management unit (fmu) 10, a conservation area in the interior district of sabah.
1) Trail Kaingaran in Tambunan District
2) Trail Apin Apin in Keningau District
3) Trail Sinua in Sook District
We choose on via Kg.Sinua, Sook. iaitu laluan paling terpanjang untuk sampai ke puncak di antara 3 trail gunung ini. pakej gunung trusmadi ini mengambil masa dan hari iaitu 3 hari 2 malam. (huuh lama perjalan kan)
Di bawah ini ada sikit infomasi pasal perjalan ke Gunung trusmadi via Kg.Sinua,Sook ini.
Where the Kg. Sinua?
Kg.Sinua ini terletak di sook iaitu berada di Daerah Keningau. Laluan ini perlu melalui jalan Pekan Keningau - nabawan - tawau. Sampai bulatan di simpang sook, then belok ke kiri untuk ke kg sinua. Don't worry, ada signboard juga tu.
Kereta KECIL or kereta BESAR masuk sana?
Kereta Kecil or Kereta Besar pun boleh masuk juga tapi itupun sampai ke Base Camp 1 sahaja dapat masuk bagi yang kereta kecil lah. Jalan dari simpang kampung Sinua sampai ke Sk.Sinua jalan tar juga. Tapi limpas dari tu kira-kira 2km untuk sampai ke Base Camp 1 jalan berbatu-batu.
Coverage Line Telefon?
Harap maklum sedia kepada para hiking, memang kalau masuk hutan apa lagi kawasan pendalaman ini, No Line. (Base Camp 1). itupun tengok tempat juga kalau ada line memng nasib-nasib lah yerr.. heheh... So, sebeum pergi mendaki, sila maklumkan sedia kepada orang-orang tersayang kamu. Manalah tahu kan ada berlaku apa-apa so, sekurang-kurangnya tahu juga kamu dimana. hehehe
Apa Barang perlu di bawa?
(Kasih ringan-ringan la jari-jemari kamu scroll sana bawah-bawah yaa.. ahahah)Ada Map kah?
zaman canggih sudah bah ini.. taip saja sana google then search saja. atau pun suruh tu ketua kamu minta map sedia dari incharge Mt.Trusmadi. (bikin senang perjalan ba)..
Ok, Saya mahu mula sudah cerita perjalan ini.. stay focus yaa.. (hehe)
(MAP FOR THE MOUNTAIN TRUSMADI)
Perjalan Masuk - Jalan raya ke Base Camp1 (Via Sinua, Sook)
Jalan dari Pekan Sook - sinua (jalan bertar)

cantik kan pemandangan bukit.
Nampak jalan ini round about SK.Sinau, belok sebelah kiri.
Dalam 2km lagi untuk sampai ke Base Camp 1
Jumpa ini, kamu terus saja lurus jangan belok mana-mana..
(pengalaman kami sesat naik pergi jalan rumah orang kg. ahha) itu orang kg sana cakap ada tembus juga tapi jalanya astaga bagi saya bahaya untuk kereta kecil so, jalan lah ikut petunjuk dan jangan ikut laluan mana-mana kalau tidak biasa tu jalanan ya.. hehhe
* Perjalanan ke Base Camp 1 guna kereta sendiri. (terpulang jam berapa kamu sampai pun boleh. tapi jangan la bah lewat malam baru sampai nanti kesian bahagain register menunggu) .. hehe
* Bermalam di Base Camp 1
* Boleh buat aktiviti sendiri (begila-gila pun boleh juga kalau mahu. yang penting bahagia).. ahahah
* Berkenalan dengan kawan baru..
* Makan - makan bersama group.
ii) DAY 2- Start pendakian dari Base Camp 1 - Base Camp 2
* 7.30am kami mula bertoalak dari camp 1 to starting point. (naik 4x4 juga pergi starting point).
* Starting point - Base Camp 2 mengambil masa dalam 4-6 jam macam tu.. tapi ikut dari pergerakan perjalanan individu juga. sekurang-kurangnya jam 12pm-1pm macam tu.
* Bermalam di Base Camp 2
iii) DAY 3 (Pendakian from Base Camp 2 to Puncak Trusmadi)
* Starting pendakian sampai la turun balik ke Base Camp 1
* Pendakian seawal 12am (kira-kira 5am - 6am sampai)
* Masa sampai di puncak sebelum 7 am tidak di benarkan teruskan perjalan kerana akan menggangu masa perjalan balik ke Base Camp 2.
* Rehat dan Makan sekejap sebelum meneruskan perjalan balik ke Base Camp 1.
* Jangkaan masa sampai ke Base Camp 1 selewat-lewatnya sebelum 6pm. Limpas dari itu akan ada charge tambahan sebagai denda lewat (Rm15.00/person).
* Akhir sekali, sampai ke Base Camp 1 pergi ke pondok resgister ambil sijil sekali gus checkout.
* Balik then selamat sampai ke rumah masing-masing & selamat jumpa lagi MT Trusmadi kalau ada rezeki. (amen)
BAJET PERPAX :-
Ikut berapa orang dalam group kamu.
group saya ada 19pax.
RM 307 / PAX - Yuran masuk
- Permit pendakian
- Sijil
- Guide
- Penginapan
Pertanyaan lebih lanjut boleh Contact pengurus Mt.Trusmadi,
En. Dennis (013-8845327)
Sambungan....
DAY - 1
Suasana hari pertama sampai..
Semua rumah/podok-pondok yang kamu nampak tu adalah penginapan. kalau saya tidak silap, mau tidur yang selesa then ada tilam macam RM80++/NIGHT . (apaun kamu boleh tanya sana pondok register)
ceng..ceng..ceng... camp askar.. ahaha.. tidak bah, sinilah tempat tidur para hiking.
anggap saja anda di zone katil sendiri. haha
Barang-barang yang di perlu saja bawa dalam camp 1.
Jangan lupa bawa Sleeping Bag/selimut sebab sejuk sini kadang-kadang tidak boleh bawa bincang. sajukkkk....apa lagi kena time ini hujan.. staga Tuhan saja yang tahu. ahahaha
Masa ni kami tengah santai-santai sebelum masak makanan untuk dinner. Sambil-sambil berkenalan dengan kawan baru.. hehe
wanita yang rajin.. hehe... ini kami sedang mempersiapkan makanan untuk dinner nanti.
suasana petang dalam camp. masa ni belum kena pasang lampu sebab masih terang lagi di luar. so, kalau kamu tidak seberapa nampak bawa lampu suluh ya.
Pasang Lampu dari 6pm - 10 pm (tutup)
Makan-makan gaiss..
Sesi membongkar barang sebab masa untuk mandi.
Suasana malam (lampu 10pm mati)
7pm - Sesi taklimat dari wakil guide untuk hari besoknya (ni orang dia Guide untuk gunung kinabalu juga. saya tahu sebab kami bercerita). Mesra alam dia ni..

Selfi bersama kakak santik
Gambar Kaki dulu lah. Dekat-dekat mahu pingsan sudah masa ni.. penat semasa perjalanan walaupun bukan saya yang drive.. ahah.. Gud Night & c u tomorrow!
DAY - 2 (Selamat memulakan pendakian ke Base Camp 2)
Good Morning From Us!
Selfi lagi dengan Guide.. tapi tu guide malu-malu bah. Ahaha
gambar lagi (TQ Guide tolong gambar)
Sebelum jalan ada taklimat pendek untuk pendaki.
(tips supaya tidak keberatan bawa barang masa hiking, apa saja yang betul-betul perlu itu saja bawa)
My bag masa timbang = 8kg (berat gila2)
Gambar Group saya bersama Guide. Ini sebelum gerak naik 4x4

Ok baiklah full memory trus naik ni 4x4 (19 org bussku).. Hahaha
Group kedua jalan ke starting point..
pemandangan jalan menuju ke starting point.
Ini la muka2 group hiking saya.. semua semangat!
Selfi terakhir sebelum mula langkah mendaki.
melintasi jambantan gantung.
lepas sahaja melintas jambatan gantung, bagi yang rasa-rasa mau membuang air besar or kecil ini lah satu-satunya tandas yang ada di sepanjang perjalanan pendakian. so, lepas limpas saja ni tempat, pandai-pandai saja la ya cari tempat bersembunyi untuk melepaskan hajat anda.
Mula lah pendakian kami.
Jalanan ni berbatu-batu dan banyak akar besar-besar.
Beberapa minit setelah berjalan.
Hidup ini perlu sabar sebab permulaan perjalanan ni
memang banyak batu-batu yang perlu di tempuhi.
Perjalanan selama 15 minit untuk sampai ke jambatan gantung ke 2. Hati-hati gais licin..
Jalan lagi mesti kaki mau pasang besi sudah.. banyak-banyak sabar ya.
Perjalanan setelah beberapa jam akan jumpa sungai tempat berehat sambil menunggu rakan-rakan yang lain dan juga mengisi perut sementara perjalanan masih jauh.
Ingat-ingat juga semasa berjalan tu, cek semua seluruh badan takut pula ada yang menyinggah kan. contohnya macam dalam gambar tu masa saya tengah duduk berehat tau-tau sebelah batu saja tu pacat (nama : Pacat Harimau)
Tidak sedar berjalan sambil bercerita, kamu akan jumpa satu pokok besar ni di tepi jalan saja. Boleh la singgah sekejap bergambar.
Aku ada geng, kalau aku like, aku like.. Eitss lagu betul.. nda ba, ni team saya juga..
Ok, jumpa ini batu kan, nah dia2 lah tu tempat berabis kamu mengambil air bikin minum.. siapa yang kehabisan bekalan air minum bolehlah refill sebab perjalanan pun masih panjang..
Yang paling belakang tu guide bersama dengan team saya.
Teruskan lagi perjalanan
Baiklah, time ni sempat krem kaki nasib lah ada tukang urut sama bagi derma ubat krim panas. Tq rakan2.. Tapikan, saya salut tu angkol angkat tong gas baru pergi & balik lagi ke base camp 2.. confirm kaki besi.. hehe
Nah, Kawasan ni kamu boleh tengok "GUNUNG SUSU" (orang sana panggil tu gunung). Tempat ni boleh bergambar juga dan boleh duduk di tepi, tapi kena hati-hati sebab kawasan curam.
Hati-hati dengan jalan yang penuh dengan dedaun rimbun ni takut2 ada binatang yang tidak sepatutnya dan juga pacat.. wuuu, seram juga.. ahah
Yehhhh!!! akhirnya sampai tempat berehat lagi. ahahha.. masih jauh lagi ni perjalanan sebenarnya. ok, ni adalah sempadan kawasan Hutan BIASA(banyak pacat) dan Hutan MOSSY (hutan yang banyak akar2 pokok dan tanah yang lembab berlumut).
Permulaan tangga untuk masuk ke hutan Mossy.
Akar betulsss..... wuuuu
Cuba teka apa yang kamu nampak?
Nah itulah tu maksud saya.. "MUKA TRANSFOMER" tq Gibik tolong kasih tunjuk..
jalan ni ada curam ya.. Hati-hati saja limpas..
merehatkan diri sambil bergambar dengan guide sebelum meredah tangga.

Tangga Lagi..
Mau delat-dekat sudah ni... mesti Penuh dengan Sabar ya..heheh
Akhirnya ada pencahayaan yang menerangi kehidupan. Nafas pun kembali segar.
Base Camp 2 sampai!.. syukur berjaya setelah berjam-jam di perjalanan. Tahniah dear self!. (pondok tu ialah dapur tempat memasak)
Sampai saja kami di Base Camp 2, ramai juga pendaki yang lain sedang turun dan sekali gus check out dari Base Camp 2. Nasib ada juga tempat penginapan yang kosong so, trus menuju ke Camp untuk simpan barang.
Makan-Makan Gais.. Lapar + Penat + Sejuk lagi. Baru kuat batul angin masa ni arh. kami datang masa angin monsun... tapi syukur semuanya baik-baik saja.. hehe
Biar saya kasih tau, semua pondok ya ada di depan ni :-
1) pondok pertama tiada dinding, ialah pondok tempat masak dan makan bagi yang memasak sendiri.
2) Base camp (penginapan 1)
3) Base Camp (penginapan 2)
4) belakang penginapan 2 yang canvas biru tu, ada tandas & tempat jemur kain.
SEDIKIT INFO FOR BASE CAMP 2:-
Lampu akan menyala bila hari sudah gelap. kira-kira pukul 7 malam dan akan tutup pada pukul 10 malam.
ni lah muka-muka lelaki tagap kami..
Bersama dengan ketua kami. Baru yang muka pun baru siap mandi.. haiyaa

Dinner Time. Kesian ni pun kami guna lampu sulu sendiri.hehe
7.00 pm kami berkumpul untuk mendengar sedikit taklimat bagi pendakian pada keesokan harinya.
"GOOD NIGHT!"
"GOOD MORNING!"
time ni, mata masih terasa bermimpi. macam saya Bejalan tidur dalam mimpi.. tidur pun berapa jam saja.. ahahaha so, kalau mau cukup rehat tidur awal lebih baik selepas taklimat..
3,600 Meter untuk sampai ke puncak
FOR INFOMATION, UNTUK SAMPAI KEPUNCAK SEKURANG-KURANGNYA SEBELUM PUKUL 7 DAN ADA EXTRA 300 METER LAGI UNTUK SAMPAI KE TOWER.
sepanjang pejalanan mendaki, saya banyak jatuh di lumpur dan terlanggar batang kayu.. memang kalau gelap apa lagi lampu pun yang tidak seberapa nampak jauh confirm banyak terlanggar..
500 Meter lagi untuk sampai ke puncak
Jumpa ni tanda maksudya anda sampai ke puncak dengan beberapa langkah sahaja lagi.. tanda ini saya kurang pasti apa story.. lupa tanya juga dengan tu guide.. heheh
Inilah puncak sebenarnya. Tahniah Geng kita berjaya sampai!. Saya dalam 6.15am sampai di puncak yang lain lebih awal.. laju betul dorang ni. semua kaki besi.. ahhaha
Ofcoz ME!
The Boys
ini lah Tower jarak dari puncak ialah extra 300 meter
Sampai juga naik ke puncak ni.. telampau sejuk.. sampai mata pun macam tidak dapat buka.. ahahha
ini Team saya nama dia Gerry berasal dari semenanjung Malaysia. kuat semangat dia ni walaupun dia ada masalah kaki.. salut Bro..
Cantikan ini pemandangan .. saya terpaku sekejap sebab tidak pernah nampak sebelum ini. macam mau stay saja di atas ni tau.. hehe
wuuu, semangat dorang dua ni turun.
Bah kamu tengok la sendiri betapa cantik ni periuk kera.. baru besar-besar lagi.. saya selalu nampak periuk kera pun yang kecil-kecil saja.. disini trusmadi kamu boleh tengok macam-macam periuk kera..
mulalah cabaran-cabaran semasa naik pada waktu malam.. ini baru sikit kamu nampak, belum lagi yang lain. kamu scroll-scroll saja ya.. ahaha
kadang-kadang jalan begini ada yang mengelirukan sebab ada macam laluan utama. so kena alert ya selalu.. ikut petanda-petanda yang sudah di sediakan.
Start sudah bertali..
panjat jangan tidak panjat.. hehe
tidak tau apa ni.. tapi unik.
Tidak sangka begini pula laluannya..
Bentuk seperti kepala Tengkorak..
ini pun
Syukur misi selesai dari puncak ke Base Camp 2 :
11.00AM
setelah menempuh pelbagai liku-liku yang penuh cabaran..
Masa turun tu saya berabis laju bejalan mau sampai betul di base camp 2 sebab penat sudah & paling terutama lapar gaiss!.. ahaha
Sampai saja di Base Camp 2, saya trus pergi pondok tempat makan manatau ada makanan yang kawan masak. rupanya ada 2 orang lelaki team saya sedang menunggu kami turun dari puncak, apa lagi saya trus kasih sedia makanan dan sempat juga masak nasi goreng sebab itu nasi putih telampau banyak lagi tidak termakan.. so, sampai kawan-kawan saya yang lain lagi, saya pun minta tolong jaga masakan then trus saya pergi cuci kaki dan kemas-kemas barang untuk persiapan turun ke Base Camp 1..
Mereka ini lah yang satia tunggu kami sehingga sampai ke base camp 2.. Tq juga jadi tukang masak.. rajin dorang ni..
Sampai ke Base Camp 1 trus kamu ke pondok pendaftaran untuk ambil sijil dan sekali gus check out dari sana..
Lepas check out, selagi team kamu belum sampai ke Base Camp 1, boleh lah kamu santai2 di Base Camp 1 tu mandi, makan, dan tidur-tidur sementara menunggu..
KEPERLUAN BARANGAN HIKING
- Headlamp
- Baju Sejuk
- Tuala
- Berus Gigi
- Sabun
- Raincoat
- Cap/Snowcap
- Sleeping Beg (Wajib!)
- Stokin
- Kasut Hiking
- Pakaian 2 Pasang
- Makanan Tambahan (Coklat dan lln)
- Plastik (Tempat Simpan Kain Kotor)
- soft Bottle
- Beg Kecil (Untuk Ke Puncak)
- Ubat-ubatan
- Glove
- Makanan Tin, Maggi, beras
SPECIAL THANKS FOR OURGUIDE & POTER yang telah mengiringi kami sepanjang perjalanan kami selesai..
Akhir sekali, Tahniah saya ucapkan juga kepada Team saya kerana telah menjayakan pendakian ini walaupun ada seorang daripada kami tidak dapat teruskan perjalan ke puncak .. apa pun ALL THE BEST TEAM.. ! GOD BLESS..
5 - 7 AUGUST 2022
_END_
Boleh check Gambar-gambar Gunung/BUKIT (klik nama Gunung/Bukit) dalam list dibawah ini):
GUNUNG
😍😍😍
ReplyDelete